Salam 'Eidulfitri
Dozen Roses Love Note
Salam 'Eidulfitri 1430 H bagi semua pengunjung blog ini, muslimin dan muslimat seluruhnya.
Semoga Ramadhan yang berlalu menambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan dosa-dosa kita diampunkan olehNya. Mudah-mudahan kita akan terus diberikan kekuatan untuk mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
Maaf zahir dan batin.
Label: ucapan
SPECIAL WISHES
Special wishes for...
1. Kepimpinan KPIPM, KPKM serta semua kepimpinan BKAN dan DPM sesi 2008/2009, dengan ucapan :
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAH.
"Ajarilah pengikutmu dengan tingkahlakumu sebelum mengajari mereka dengan kata-katamu"-Kata-kata Saidina Ali k.w.
Doa saya sentiasa mengiringi kalian semua.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
2. Adik saya,Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi yang bakal menjadi 'suami orang' beberapa hari lagi, dengan ucapan:
SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA.
Jadikan SABAR, BERLAPANG DADA, SALING MEMBERI serta SALING MENGHARGAI sebagai bekal.
Semoga berjaya menjadi nakhoda yang baik,jua dapat mengemudi bahtera perkahwinan sampai ke pelabuhan impian, malah yang terpenting, berjaya meraih keredhaan Allah SWT.
3. Anak-anak saudara saya, tiga sekawan ;Raden Muhammad Mu'az bin Muhammad Mun'im, Raden Aiman bin Muhammad Anas dan Raden Muhammad Fawwaz bin Muhammad Farhan, dengan ucapan :
SELAMAT MAJU JAYA di dalam PMR.
Semoga beroleh kejayaan cemerlang yang akan menjadi pemangkin kepada kegemilangan Islam.
Label: kekeluargaan , ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sempena 1 Syawal yang menjelang tiba,
saya mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Kullu 'Am wa Antum bi Khair
kepada
Keluarga di tanah air,
Sahabat-sahabat,
Kenalan,
Pembaca budiman,
dan
Semua muslimin dan muslimat.
Semoga Aidilfitri yang disambut menambah lagi rasa kehambaan dan ketaqwaan.
Label: ucapan
Perginya Sebutir Permata Ummah..

Maksud firman Allah SWT :
"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas dan diredhai-Nya. Dan masuklah ke dalam kumpulan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
( Al-Fajr : 27-30)
Hari ini genap sepuluh hari Allahyarham Dato' Ishak Baharom pulang ke rahmatullah. 30 Januari lalu, saya mendapat SMS daripada sahabat di tanah air mengkhabarkan tentang berita pemergian beliau. Waktu itu, pelbagai rasa menyesak di dada.
Seingat saya, kali pertama saya melihat Allahyarham secara 'live' ialah semasa saya di Tingkatan 6, ketika menghadiri Ceramah Perdana anjuran Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) , Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Ketika itu , beliau masih lagi menjadi Mufti Selangor Darul Ehsan. Butir-butir bicara yang keluar daripada beliau begitu tulus dan menyentuh rasa. Cara beliau menjawab soalan yang diajukan begitu berhikmah dan menampakkan mendalamnya ilmu beliau,terutama semasa menjawab soalan yang agak kontroversi. Kagum sungguh melihat keperibadian beliau.
Selepas itu (1997), saya dikejutkan dengan berita pemecatan beliau daripada jawatan mufti Selangor gara-gara ketegasan beliau menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik. Selepas pemecatan beliau, ceramah beliau disekat di media massa perdana. Masa itu terfikir, hendak kiamat sangatkah dunia ini, pembuat maksiat dibela, pencegah maksiat pula yang dipersalahkan! Setelah itu, beliau mewakafkan diri bersama perjuangan PAS di Malaysia sehinggalah hari-hari terakhir usia beliau sebelum beliau mengadap Tuhan.
Semoga Allah mengurniakan rahmat, kasih sayang dan keampunanNya kepada roh Allahyarham Dato' Ishak Baharom dan menempatkan Allahyarham di syurga Allah SWT bersama golongan syuhada', anbiya' dan siddiqin . Pergilah sudah sebutir permata ummah. Semoga kita yang ditinggalkan akan meneruskan tugas amar ma'ruf nahi mungkar yang diwariskan dan tega menegakkan kebenaran walaupun apajua yang rintangan yang mendatang. Qulil haq walau kana murra..
Al-Fatihah!
Belasungkawa
Inna lillah wa inna ilaihi raji'un. Takziah buat keluarga Mohamad bin Ishak, siswa tahun 3, Universiti Al-Azhar Mansurah atas kepulangan allahyarham ke rahmatullah dalam kejadian tragis di Mansurah baru-baru ini. Hanya Allah mengetahui hikmah yang tersirat di sebalik setiap perkara yang berlaku.Renungan buat kita yang masih hidup, jagalah iman, pertingkatkan amal , jauhilah maksiat kerana kita tidak tahu bila dan di mana kita akan dijemput oleh Allah kembali kepadaNya. Muda bukan alasan tidak beramal dan hidup berpoya-poya. Semoga Allah menempatkan allahyarham ke dalam golongan syuhada'dan solihin. Amin.
Label: ucapan


