assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Salam Aidilfitri


Al-Wajibat Akthar Minal Awqat

Kalaulah blog ini sebuah rumah, nescaya banyak sawang dan habuk memenuhi ruangan ini. Sudah hampir 4 bulan blog ini tidak diupdate. Kekangan masa yang begitu menghimpit, selain daripada kebuntuan idea antara sebab blog ini tidak terusik. Apapun, terima kasih kepada sahabat-sshabat yang sudi bertandang menjenguk rumah ini. Akan saya khabarkan berita sejak sekian lama menghilang.

Sekarang saya mengajar di Kolej Teknologi Darulnaim, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulillah dapat menambah ilmu dan pengalaman apabila ditaklif mengajar subjek seperti Fiqh Jinayat, Tarikh Tasyri', Hifzul Quran dan Al-Masodir li Ad-dirasat Al-Islamiyah.Bagi yang belum pernah mendengar tentang kolej ini, boleh layari : http://www.ktd.edu.my. Pengambilan pelajar baru masih lagi dibuka kerana pendaftaran pelajar baru panggilan ketiga akan diadakan pada 13 Julai 2010.

Mengimbangi antara kerjaya, dakwah dan rumahtangga sememangnya memerlukan kebijaksanaan dan pengurusan masa yang berkesan. Banyak perkara yang perlu dilakukan  dalam satu-satu masa.Kelalaian akan mengundang kepincangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang tergalas di bahu.  Oleh itu, doakan saya dapat menjadikan setiap detik yang dihabiskan sepanjang umur ini menjadi ibadah dan saham di akhirat sana.

Kita sudah berada di bulan Rejab. Tak lama lagi Sya'ban dan Ramadan akan menjelma.

Allahumma barik lana fi Rajab wa Sya'ban wa ballighna Ramadhan, Amin...

Salam Maulidurrasul

 
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


12 Rabiul Awwal, hari kelahiran baginda Rasulullah Sallallah 'alaihi wa sallam disambut saban tahun. Alhamdulillah sambutan ini sekurang-kurangnya menunjukkan umat Islam masih ada rasa cinta kepada baginda Rasulullah SAW. Sama ada berarak atau tidak, itu bukan soalnya. Soalnya ialah apakah pengisian sambutan Maulidurasul itu mampu membekas sesuatu kepada nurani umat manusia untuk mencintai baginda dan membuktikan kecintaan itu dengan sewajarnya atau tidak. Ia adalah soal isi (pengisian), bukan kulit (slogan).

Sekadar berkongsi sedikit muhasabah saya beberapa hari sebelum 12 Rabiulawwal, saya mengambil kesempatan membuka kitab-kitab hadith dan sirah bagi mengambil 'aura' penghayatan Maulidurrasul tahun ini. Tersentuh rasa, apatah lagi apabila membuka nota-nota lama pengajian ilmu takhrij hadith (ilmu untuk mengenalpasti sumber hadith dalam kitab-kitab hadith muktabar). Terasa betapa semakin dekat kita dengan ilmu-ilmu yang membicarakan perihal Rasulullah, semakin dekat kita dengan Rasulullah. Terasa bagai ada siraman di jiwa yang sedikit kelesuan.

Olah itu saya menyeru agar diri saya dan pembaca sekalian untuk meningkatkan ilmu tentang hadith dan sirah Rasulullah SAW. Belajar hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya perlu dengan roh agar terbit rasa cinta terhadap Rasulullah dan cinta untuk mengamalkan sunnah baginda. Begitu juga sirah Rasulullah SAW, bukan setakat dibaca, dipelajari dan dihafal, malah dihayati sepenuh jiwa dalam bentuk pengamalan. Kita tidak mahu menjadi orang yang mendakwa cinta Rasulullah tetapi dari sudut praktikalnya kosong. Astaghfirullahal'azim.. Bersamalah kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan tercinta yang telah mengorbankan segala-galanya untuk menegakkan agama yang suci ini hingga kita merasai nikmat hidayah, iman dan Islam pada hari ini.

Ampunkan kami Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun. Ya Allah, bantulah kami mencintai kekasihMu dan mengamalkan sunnahnya walaupun ia terlalu sukar apatah lagi di akhir zaman ini. Kau mekarkanlah putik-putik kecintaan kepada Rasulullah di taman hati kami dan Kau biarkanlah ia kekal berkembangan di laman sanubari kami. Jadikanlah kami sebagai penerus perjuangan baginda yang istiqamah memikul amanah dakwah dan  jihad ini hingga ke akhir nyawa kami. Kurniakanlah kami kesabaran dalam menempuh jalan perjuangan yang baginda wariskan. Kau kurniakanlah kami syafaat kecintaan kami Muhammad SAW pada hari Kiamat kelak. Izinkan kami meneguk air dari telaga Kautharnya sebagai penawar kehausan kami di Padang Mahsyar dan himpunkan kami bersama baginda di sisiMu Ya Allah. Wahai Tuhan yang Maha Mendengar, perkenankanlah!
Wa Sallallah 'ala Saidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi wa sallam. Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Mencantum 'Puzzle' Perjalanan Kehidupan

Alhamdulillah, sejak ber'facebook' kebelakangan ini, semakin ramai kawan-kawan lama dan saudara mara yang muncul. Ada yang sudah lebih 10 tahun tidak berjumpa secara 'nyata', kini berjumpa di alam 'maya'. Ada yang bergelar 'Dr', ada yang jauh terpisah antara benua, ada yang sudah bergelar itu dan ini. Syabas buat semua..

Ah! Terkenang zaman kita masih remaja dan mentah menilai kehidupan, idealisme yang berkobar-kobar, kekusutan jiwa yang meronta, celoteh guru-guru menaburkan nasihat tanpa jemu, gelak tawa riang mengusik jiwa dan banyak lagi. Sedikit demi sedikit kepingan2 puzzle masa silam yang berserakan mula bercantum dengan realiti hari ini, serba sedikit mencuit rasa dan fikir, "Bagaimana pula 'puzzle' kita pada masa hadapan?"

Tiada siapa menjangka, kita akan menjadi sebagaimana kita pada hari in. Jatuh bangun hanya kita yang merasai. Kita merancang dan berusaha semampunya. Semua yang telah dan bakal berlaku adalah  dalam rahsia dan pengetahuan Allah yang tidak terjangkau oleh akal fikir manusia yang terbatas. Walau bagaimana sekalipun kita dahulu dan kini, sama atau berbeza, hanya kepada Allahlah disandarkan segala puji-pujian atas segala kebaikan dan segala keburukan itu adalah dari kelemahan kita selaku manusia.

Buat sahabat, terima kasih atas jalinan ukhuwwah ini. Moga kita kan bertemu lagi bukan setakat di dunia, malah di syurgaNya, Amin..

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger