Lailatul Qadar merupakan satu malam pada bulan Ramadhan yang lebih baik daripada seribu bulan. Ada pendapat mengatakan Al-Quran diturunkan oleh Allah melalui Jibril dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam ini secara sekaligus. Selepas itu barulah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad SAW selama 23 tahun. Ada pendapat lain pula mengatakan bahawa Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah pada malam Lailatul Qadar.
Pada malam ini, Allah menurunkan Jibril dan para malaikat ke bumi untuk membawa keberkatan dan mendoakan kesejahteraan orang-orang mukmin yang beribadat kepadaNya. Selain itu, Jibril dan para malaikat turut membawa perkara yang ditakdirkan akan berlaku pada masa hadapan.
Allah Azza Wajalla berfirman di dalam Surah Al-Qadr ayat 1- 5 maksudnya :
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar,Allah mengulang perkataan Lailatul Qadar sebanyak 3 kali bagi menunjukkan kebesaran dan kemuliaan malam ini.
2. Dan engkau mengetahui apa (kebesaran) malam Lailatul Qadar itu?
3. Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.
Bila berlakunya malam Lailatul Qadar?
Para ulama' berbeza pendapat tentang waktu berlakunya Lailatul Qadar. Terdapat beberapa hadith Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan, iaitu :
• Salah satu malam daripada 10 malam terakhir
Daripada Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :
تحروا ليلة القدر في العشر الأواخر من رمضان• Salah satu daripada 7 malam terakhir
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
أن رجلا من أصحاب رسول الله أروا في المنام في السبع الأواخر فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر.• Malam yang ganjil antara sepuluh malam terakhir iaitu 21, 23, 25, 27, 29
Maksudnya : Seorang sahabat Rasululah bermimpi di dalam tidurnya pada 7 malam terakhir bulan Ramadhan. Maka Rasulullah bersabda : Aku berpendapat mimpimu itu menepati 7 malam terakhir. Sesiapa yang ingin mencarinya (Lailatul Qadar), maka carilah di 7 malam terakhir.
Daripada Aishah r.a. bahawa Rasulullah bersabda :
تحروا ليلة القدر في الوتر من العشر الأواخر من رمضانHikmah Allah tidak memberitahu secara jelas waktu berlakunya Lailatul Qadar ialah supaya umat Islam memperbanyakkan ibadah pada bulan ini, tidak tertumpu pada malam-malam tertentu sahaja.Imam Al-Qurtubi telah menyatakan bahawa Lailatul Qadar boleh berlaku pada mana-mana malam dibulan Ramadhan kemungkinan di awalnya atau pertengahan atau diakhir Ramadhan. Pun begitu, kita dituntut memperbanyakkan ibadah pada 10 malam terakhir sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Maksudnya : Carilah Lailatul Qadar di malam ganjil antara sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan.
Kelebihan Lailatul Qadar
1. Lailatul Qadar bererti malam kemuliaan iaitu malam nuzul (turun) Al-Quran.
2. Beramal pada Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan yang lain.
3. Setiap doa dimakbulkan kerana diaminkan oleh para malaikat
4. Ibadat diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda.
5. Diampunkan dosa orang yang memohon dengan ikhlas.
6. Rahmat Lailatul Qadar sehingga terbit fajar pagi.
7. Jibrail mendoakan kebahagiaan orang yang beribadat.
0 ulasan:
Catat Ulasan