assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Kisah Bil Telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang.

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid @ Bibik : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!

Moral :
- Jangan guna harta awam atau orang lain untuk kepentingan diri sendiri.
- Kajahatan akan dibalas Tuhan secara sedar ataupun tidak.
- Amanah adalah sifat terpuji yang wajib dimiliki oleh setiap insan.

Daripada Abdullah bin 'Amru bin Al-'As bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Empat ciri yang jika kamu memilikinya, kamu adalah munafiq tulen, dan sesiapa yang memiliki salah satu daripadanya , bererti dia memiliki salah satu daripada ciri nifaq hingga dia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila diberi amanah dia khianati, apabila bercakap dia berbohong, apabila dia berjanji dia mungkir,dan apabila bertengkar dia melampaui batas."

Muraqabatullah..

Gambar MB Perak Yang Menyentuh Hati


Di atas adalah gambar Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang 'menyentuh hati' tetapi kemungkinan 'digelapkan' atau tidak disiarkan oleh media sewaktu pertemuannya dengan keluarga mangsa tragedi, tanpa mengira latar belakang kaum.

Dalam gambar tersebut Nizar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu.

Kelihatan Nizar meluangkan masa di rumah seorang dari tiga mangsa yang terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan dan beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Cina turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya.

Biodata YAB Ir. Hj Nizar (bagi yang belum mengenali) di sini.

ISU FILEM FITNA : APA PENDIRIAN ANDA?



Isu Filem Fitna : Wajar Boikot Atau Tidak?

Maklumat Filem Fitna


Senarai Produk Dari Belanda @ Holland untuk diBOIKOT (bagi yang berpendapat wajar untuk diboikot):

Dutch Lady - Susu
Ferrero Roche - Coklat
Wall’s - Ais Krim
Ing -Insurans
Planta -Magerin
Lady’s Choice -Magerin
Lipton -Teh
Shell -Minyak
Knorr -Perisa Makanan
Dove -Mandian
Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
Radiant -Deodoran
Rexona -Deodoran
Ponds -Produk Kecantikan
Kieldsens -Coklat
Slimfast -Produk Pelangsing
Lego -Kismis
Philips -Barangan Elektrik
Duyvis -Makanan Ringan
Gouda -Keju
Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
Labello -Lip Balm
Pickwick -Teh
Venz -Mentega Coklat
Kinder Bueno -Coklat
Unilever -Syarikat
Sunsilk -Shampoo
Fair & Lovely -Produk Kecantikan
Lux -Mandian
Vaseline -Lip Balm
Cif -Pencuci Lantai
Surf -Pencuci Kain
Wishbone -Pencuci Kain
Doriana - Keju Krim
Bertolli -Minyak Masak
Clear -Shampoo
Breeze -Pencuci Kain
Sun -Pencuci Kain

p/s :
- Itu di Belanda, di Malaysia pula...Filem Akhirat menjadi kontroversi kerana judulnya tidak melambangkan isinya.
-Jika anda berpendapat boikot tidak wajar dilakukan, lakukan sesuatu yang lebih baik daripada itu! Anda lebih mengetahuinya...Kalau saya, saya boikot dan sedang merancang sesuatu..

Selamat Datang Ke "Wacana Ilmu Seorang Mujahidah"

Jemput ke Blog Ilmiah saya: Wacana Ilmu Seorang Mujahidah Saya sedang dalam proses memindahkan artikel ilmiah khusus ke blog tersebut. Blog sedia ada ini akan menjadi blog separa ilmiah,isi semasa,atau santai. Komentar antum amat dialu-alukan. Jazakumullah khairal jaza'.

Tujuan Pemerintahan Di Dalam Islam

Di dalam Islam, pemerintahan adalah wasilah, bukannya matlamat.Ia adalah wasilah yang efektif bagi menjayakan tujuan tertentu yang tidak dilaksanakan secara individu oleh kaum muslimin.Tujuan pemerintahan adalah untuk merealisasikan maqasid atau objektif Islam itu sendiri.

Pemerintahan menurut pandangan Islam ialah untuk merealisasikan 2 tujuan utama iaitu :
1. Menjaga agama (Islam)-حراسة الدين
2. Mentadbir dunia berdasarkan ajaran agama - سياسة الدنيا به

Pertama : Menjaga agama

Menjaga agama dapat dilakukan dengan 2 perkara iaitu : memelihara dan melaksanakannya.

Lihat selanjutnya di blog ilmiah saya : http://alhafizah.blogspot.com

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger