assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Menerobos Sempadan Diri, Merealitikan Yang Diimpi

Diri anda sebenarnya mampu melakukan ‘wonders’ lebih daripada apa yang anda sangkakan. Tetapi diri anda sering diselubungi tembok yang menghalang anda dari mencapai cita-cita tersebut. Kadang-kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga menghantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau sasaran terlalu kabur untuk anda focus. Di satu segi, mungkin anda kurang sumber. Mungkin juga hati anda bersarang dengan sifat bodoh sombong atau pentingkan diri. Apa yang perlu anda lakukan ialah meruntuhkan tembok itu dan menerobos sempadan diri. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

BAGAIMANA MENEROBOS SEMPADAN DIRI ?
1. Patuh perintah Allah
2. Doa yang konsisten
3. Bijak mengeksploitasi kehebatan diri
4. Membentuk matlamat yang jelas
5. Kerja berkualiti
6. Baiki diri dan seru orang lain
7. Bentuk suasana yang memberangsangkan
8. Memotivasikan orang lain
9. Hormati orang lain
10. Tingkatkan produktiviti
11. Luaskan persahabatan
12. Positif dan bersangka baik
13. Berinteraksi dengan mantap
14. Kreatif
15. Bekerja secara tersusun
16. Bijak menggunakan peluang
17. Redha dan ceria
18. Pemaaf
19. Muhasabah diri
20. Jangan paksa orang lain menerima pendapat
21. Membentuk karisma
22. Yakin dengan Allah


BAGAIMANA ALLAH KABULKAN DOA ANDA?

- Hajat yang dipohon dikabulkan pada waktu yang kita perlukan
- Tempoh yang agak lambat tetapi hasil berlipat ganda
- Pada hari akhirat dengan menggantikan kebaikan padanya
- Rezeki berubah dalam bentuk lain
- Rezeki disalur melalui anak-anak

Ingat firman Allah SWT yang bermaksud :

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf, melarang dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri”

“Apabila kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”


( Sedutan dari buku motivasi Dr. Fadzilah Kamsah : Menerobos Sempadan Diri )

Selamat maju jaya...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut