Ramadhan datang lagi. Uniknya Ramadhan kali ini berbanding Ramadhan yang lepas-lepas ialah 1 Ramadhan (bulan ke-9 di dalam kalender Hijrah @ Qamariah) bersamaan 1 September (bulan ke-9 di dalam kalendar Masihi @ Syamsiah). Subhanallah, Maha Suci Allah yang mengaturkan perjalanan bulan dan matahari mengikut ketetapanNya.
Cuaca di Mesir juga agak unik. Bermula 1 Ramadhan, suhu menurun sedikit menyambut datangnya Ramadhan. Angin dingin lembut menyapa pada pagi hari. Berbeza pada akhir Sya'ban yang lepas, cuaca begitu panas berbahang walaupun waktu pagi. Alhamdulillah Allah permudahkan kita beribadah di bulan yang mulia ini.
Bagi ahli-ahli Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, tahun ni mencatat sejarah kita bermesyuarat agung tahunan dalam suasana berpuasa. Moga musyawarah dan muhasabah lebih harmoni dan membawa natijah yang terbaik buat semua.
Buat semua pembaca budiman, selamat menuntut di madrasah tarbiyah Ramadhan. Banyakkan ibadah dan mujahadah di bulan mulia ini. Semoga Allah menerima taubat dan amalan kita. Rabbana taqabbal minna, ya Karim. Amin.
Uniknya Ramadhan Kali Ini
Dicatat oleh
Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi
at
07 September 2008
Label: coretan
2 ulasan:
assalamualaikum...
kak raden smkasas kan ni..?
cam x caya je jumpa kak raden kat sini..
kak raden ingat saya lagi x?
Luna atau Lubna..kita 1 dorm dulu tahun 1992
waalaikumussalam.
ye, kak raden ex-smkasas 91-93. ingat lagi Lubna@Luna.Kat mana ye sekarang? contact akak di nabahahaz@gmail.com.
Catat Ulasan