assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Isu Cadangan Rombakan Pakaian Sekolah bagi Pelajar Perempuan

(Berikut kenyataan susulan Munirah Bahari, Naib Presiden HEWI, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menjawab respon pelbagai pihak termasuk menteri dan NGO wanita terhadap kenyataan pertama beliau mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah).

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kepada cadangan awal untuk menilai pakaian pelajar perempuan di sekolah yang perlu dinilai semula.

Masyarakat perlu mengetahui dan melihat bahawa cadangan ini dibuat hanya kepada pelajar perempuan Islam sahaja. Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah berteraskan kepada lima asas yang utama.

Pertamanya, isu ini bukan mahu menyalahkan pelajar perempuan, akan tetapi ia sebagai salah satu kaedah pencegahan (sad zarai'ik) di dalam Islam supaya pelajar perempuan tidak terdedah kepada ancaman luar dan masalah sosial akibat daripada pemakaian yang terlalu jarang.

Langkah pencegahan ini sangat penting supaya mereka bebas daripada ancaman persekitaran mereka.

Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Syariah dan tuntutan Islam itu sendiri.

Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Asas yang ketiga ialah, ramai guru turut mengeluh sebenarnya kerana pemakaian pelajar perempuan yang terlalu jarang menyebabkan tumpuan guru terganggu. Ini akan menyebabkan keadaan yang tidak selesa kepada guru-guru tersebut.

Keempat, peranan ibu bapa sangat penting dalam urusan persekolahan pelajar di mana ibu bapa juga berperanan memilih pemakaian yang sesuai untuk anak-anak mereka.

Asas yang terakhir ialah PKPIM tidak menuduh persepsi lelaki Malaysia semua sebagai mata keranjang akan tetapi secara fitrahnya mata lelaki akan mudah teransang dengan pemakaian yang seksi atau yang tidak menutup aurat. Apatah lagi yang melihatnya nanti guru- guru yang bertanggungjawab mendidik mereka.

PKPIM berpandangan bahawa pakaian awam ini merupakan salah satu faktor daripada banyak faktor-faktor lain yang menyumbang kepada jenayah seksual.

Tidak semua mereka yang berpakaian tidak menutup aurat atau terdedah itu semestinya menjadi mangsa, akan tetapi merupakan salah satu daripada faktor menyumbang kepada masalah gangguan seksual.

Selain itu juga, pakaian yang terdedah itu turut menimbulkan rangsangan kepada lelaki-lelaki di persekitarannya.

Sebenarnya, penjenayah itu dapat melihat dan teransang daripada orang yang tidak memakai tudung berbanding mereka yang bertudung atau menutup aurat. PKPIM juga tidak menafikan bahawa mangsa jenayah seksual ada terdiri daripada mereka yang bertudung dan menutup aurat, di mana penjenayah tidak mengenal mangsanya.

Tetapi hakikatnya, penjenayah seksual ini telah didedahkan dengan faktor-faktor seperti imej lucah, imej tidak menutup aurat di media, internet, vcd lucah dan sebagainya.

PKPIM bertegas bahawa imej-imej lucah, pendedahan aurat, etika berpakaian ini merupakan antara salah satu faktor menyumbang kepada masalah ini.

PKPIM mengharapkan Kementerian Pelajaran dapat mempertimbangkan cadangan ini dan dinilai kembali kerana ia sangat penting kepada semua. Semoga usaha ini mendapat sokongan daripada pihak luar.

---------------------------------------------

Ulasan saya :

Sekalipun, isu ini sekali pandang seolah-olah isu remeh, namun ia sebenarnya merupakan satu usaha daripada banyak usaha yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan maruah pelajar-pelajar perempuan di Malaysia. Sudah tentu cadangan ini sangat perlu disokong. Hal ini kadangkala tidak diambil peduli oleh pelajar perempuan sendiri. Di usia remaja, mereka sukakan perhatian pasangan berlainan jenis. Kadangkala ada yang datang ke sekolah memakai baju putih yang diperbuat daripada kain licin yang 'transparent', ditambah lagi pemakaian baju dalam berwarna, tidak memakai singlet dan tudung.Jika bertudung pun, tudung yang singkat hingga menampakkan baju dalam. Mata mana yang tidak terangsang untuk melihat jika ada tayangan 'free' di hadapan mata.Justeru, menukar pakaian sekolah berwarna adalah satu cara untuk mengatasi masalah rangsangan mata. Jika tidak pun, menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat seperti mewajibkan pemakaian singlet, melarang penggunaan pakaian yang kainnya nipis dan melabuhkan tudung.

Jika direnung, masalah akhlak di kalangan pelajar sekolah sudah terlalu teruk. Saya teringat keluhan sahabat saya yang mengajar sebuah sekolah menengah kampung di daerah saya. Video lucah bukan suatu yang asing di kalangan pelajar lelaki. Boleh dikatakan sebahagian besar pernah menontonnya walaupun sekali secara sorok-sorok. Kesan menonton video lucah itu sangat kuat kerana mereka jadi mudah terangsang secara seksual dengan sentuhan tidak sengaja dan memandang perempuan.

Mengejutkan saya, diceritakan bahawa pelajar lelaki Tingkatan 2 bergurau dengan menarik tali baju dalam kawan perempuan sekelasnya. Belum ditambah lagi dengan yang bergurau menepuk punggung pelajar perempuan. Ada seorang pelajar lelaki tidak memakai stoking ke sekolah, apabila ditanya mengapa tidak memakai stoking,dia menjawab merasa terangsang (naik syahwat)apabila kulit kakinya bersentuh dengan stoking. Memikirkan hal ini, sahabat saya, setiap kali ingin masuk mengajar terpaksa berhati -hati memilih pakaian supaya tidak manjadi mangsa tumpuan pandangan mata pelajar lelaki. Guru pula sampai takut kepada pelajar sendiri.Inikan pula pelajar perempuan yang sebaya, lebih-lebih lagi terdedah kepada bahaya. Pencabulan bila-bila masa boleh berlaku apabila tiada pengawasan daripada ibu bapa dan guru, terutama di luar waktu sekolah.

Justeru, saya melihat masalah ini saling berkait antara satu sama lain. Masalah kesedaran agama yang lemah, media yang tidak dikawal, pengaruh kawan, disiplin yang longgar, pemakaian yang tidak sopan dan kurang didikan ibu bapa amat memberi kesan kepada pembentukan peribadi remaja hari ini. Justeru, marilah kita selamatkan remaja kita dengan mendidik mereka dengan ajaran Islam yang syumul dan menjadi contoh yang baik kepada mereka.Tidak kira kita sebagai pemimpin negara, ketua masyarakat, ibu bapa, guru, ulama', sahabat,pelajar, media, dan sebagainya, kita sebagai anggota masyarakat punya peranan masing-masing untuk menyelamatkan mereka demi masa depan agama, negara dan bangsa.

1 ulasan:

Tanpa Nama Mei 31, 2008 12:30 PG  

salam perkenalan.banyak isu yang menarik. Aburushd

http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut