Hari ini dah masuk tahun 2008. Masa terlalu cepat berlari. Kita manusia yang masih terkial-kial mengejarnya.
Anda ada azam tahun baru? Kenapa tunggu tahun baru barulah ada azam?
Setiap masa kita perlu ada azam baru. Kalau perubahan ke arah kebaikan itu dituntut Allah, mengapa kita perlu menangguhkannya hingga masuk tahun baru? Hari ini dan saat ini juga perlu kita laksanakannya. Mana tahu tatkala tahun baru yang dinanti itu menjelma, kita sudah tiada di alam nyata, telah berpindah ke alam barzakh yang lebih menakutkan realitinya jika kita tidak bersedia.
Namun, jika kebetulan hari ini anda memiliki azam baru, laksanakan ia serta-merta, jangan berlengah-lengah lagi! Masa tidak menunggu kita. Kitalah yang rugi kerana menunggu masa itu berlalu!
Azam Tahun Baru??
Dicatat oleh
Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi
at
01 Januari 2008
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan yang berpesan-pesan dengan kesabaran."
- Surah Al-Asr :1-3
Saya pula hari ini teruja apabila membaca ulasan Abu Saif tentang Benazir Butto. Satu cabaran buat muslimah yang ingin berjuang untuk Islam. Miliki minda yang berilmu, berani, tahan uji, yakin dan sanggup bersusah-payah kerana perjuangan. Seperti kata Abu Saif, ketepikan soal ideologinya yang mungkin tidak kita persetujui, tetapi ambillah sifat yang boleh dicontohi. Sifat yang sepatutnya dimiliki oleh muslimah yang ingin memperjuangkan kebenaran Islam dan kedaulatannya di bumi ini. Doakan mudah-mudahan saya dan anda mampu miliki sifat-sifat itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan