assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Wanita Paling Bahagia Di Dunia


(Petikan daripada buku "Wanita Paling Bahagia Di Dunia" karangan Dr. 'Aid Al-Qarni)

DAHAN-DAHAN EMAS

Dahan pertama : Ramai wanita di dunia menuntut kebahagiaan di setiap perkara, mencarinya di setiap sudut, tetapi mereka tidak mencarinya dengan beriman kepada Allah.

Dahan kedua : Allahlah satu-satunya yang memiliki kuasa memberi kebahagiaan kepada manusia, maka usahlah mencari kebahagiaan daripada selainNya.

Dahan ketiga : Hartawan-hartawan menyangka kebahagiaan itu pada harta, raja-raja pula menyangka kebahagiaan pada kekuasaan, sebenarnya kebahagiaan adalah pada ibadah kepada Allah.

Dahan keempat : Seorang tokoh yang masyhur berkata selepas pengIslamannya : Aku mencari kebahagiaan selama 40 tahun, namun aku tidak menemuinya kecuali dengan keimanan kepada Allah.

Dahan kelima : Wanita yang sempurna dan mulia ialah wanita yang diharapkan kebaikannya dan terpelihara dari kejahatannya. Dia menyampaikan manfaat kepada orang lain dan tidak menyakiti mereka.

Dahan keenam : Wanita berpelajaran yang mendalami agama membaca 'buku' alam ciptaan Tuhan yang terbentang, lalu melihat 'lembaran' keEsaan Allah dan memerhati 'huruf' kekuasaanNya.

Dahan ketujuh : Apabila seorang wanita memperelokkan hubungannya dengan Allah , Allah akan memperelokkan suaminya dan anak-anaknya, lalu lahirlah anak-anak yang soleh dan baik.

Dahan kelapan : Jangan percaya kepada tamadun Barat yang mendakwa mereka membahagiakan wanita selepas kita melihat wanita Barat sempit dengan kehidupan mereka.

Dahan kesembilan : Sebesar-besar tanda agama memberi kepada wanita hak mereka ialah apa yang disebut Allah di dalam kisah Maryam yang suci dan Asiah isteri Firaun da'ieah yang sejati.

Dahan kesepuluh : Sekiranya wanita bertanya diri mereka mengapa Asiah isteri Firaun menolak istana dan kemegahan malah memilih menentang taghut? Jawapannya : Kerana beliau beriman kepada Allah.

P/S : Doa : Ya Allah, jadikanlah dunia di tangan kami, bukan di hati kami.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut