assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Gambar MB Perak Yang Menyentuh Hati


Di atas adalah gambar Menteri Besar Perak Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang 'menyentuh hati' tetapi kemungkinan 'digelapkan' atau tidak disiarkan oleh media sewaktu pertemuannya dengan keluarga mangsa tragedi, tanpa mengira latar belakang kaum.

Dalam gambar tersebut Nizar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Setiawan yang juga Pengerusi DAP Ngeh Koo Ham melawat keluarga mangsa letupan kilang tepung Malayan Flour Mills di Manjung pada 18 Mac lalu.

Kelihatan Nizar meluangkan masa di rumah seorang dari tiga mangsa yang terbunuh, Lok Lai Keat, 51 dari Sitiawan dan beliau yang boleh bertutur dalam bahasa Cina turut memujuk anak mangsa Lok Min Yee, 10 yang meratapi kehilangan bapanya.

Biodata YAB Ir. Hj Nizar (bagi yang belum mengenali) di sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut