assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Ahlan Ya Ramadhan..


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Semoga kita dapat men'servis' diri kita,
membuang karat-karat dosa,
menggilap iman yang sirna,
menyedarkan hati yang alpa,
memperbetul ghayah dan cita-cita,
mendidik nafsu yang durjana,
mohon terselamat dari api neraka,
mencari sinar rahmah, maghfirah dan kasih Ar-Rahman,
di bulan anugerah tanda kasih sayang Tuhan.

Semoga At-Taqwa menjadi milik kita bersama..

2 ulasan:

Tanpa Nama September 23, 2007 9:07 PG  

salamuLLAH alaikum,,,

Jenayah bahasa telah berlaku, (men"servis"kan diri). Macam servis kete kat carwash pulak.
Tinggi betul majaz zaman moden ni.
Ana budak baru belajar.

Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi September 23, 2007 3:50 PTG  

Wa'alaikumussalam.
terima kasih kerana sudi memberi komen.nampaknya usaha saya berkesan. saya sengaja menggunakan perkataan servis kerana mengumpamakan diri kita seperti kereta yang perlu diservis luar dan dalam pada tempoh tertentu (walaupun sebenarnya menservis diri lebih utama dan susah berbanding servis kereta).Jika kereta boleh jadi ada rosak dan kekurangan yang perlu diservis dalam carwash atau bengkel, begitu juga diri kita perlu diservis dengan cara yang tersendiri yang diajar Islam sekurang-kurangnya setahun sekali di bulan Ramadhan (sebaik-baiknya setiap masa).

Servis yang bagaimana? Kenalpasti apa yang rosak dan kurang dengan muhasabah; cuci hati daripada sifat mazmumah,kufur, nifaq dan maksiat hati;baiki anggota badan yang tercemar dengan dosa melalui taubat nasuha,ganti peralatan baru melalui tajdid amalan,'upgrade'diri daripada jahil kepada berilmu, daripada berilmu kepada beramal, daripada beramal kepada istiqamah dan ikhlas. Pendek kata, kita perbaiki diri dalam semua aspek agar menjadi manusia baru yang lahir hasil daripada tarbiyah Ramadhan seumpama kereta yang cantik berkilat, nampak baru setelah diservis.Apa yang kita inginkan dalam Ramadhan adalah semoga kita mendapat keampunan Allah terhadap dosa yang terdahulu dan terkemudian serta menjadi orang yang bertaqwa.Amin.

Jenayah bahasa ana rasa tak berlaku sebab ana meletakkan tanda ' 'sebagai tanda bahawa ia tidak digunakan pada maksudnya yang asal.Moga kita menjadi golongan yang kata Nabi,"Sebaik-baik perkataan, yang sedikit tetapi mengandungi maksud yang banyak(mendalam)" .Wallahu'alam

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger