assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Terkini : MAIAMP ikrar pertahan institusi Raja

Berita Harian 16 Mei 2008

IPOH : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang bersidang di sini, semalam, berikrar mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan kemuliaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah daripada sebarang bentuk tindakan merendahkan, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak, sama ada menerusi perbuatan atau ucapan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, MAIAMP juga mengulangi ikrar penuh setia kepada Sultan Azlan, selaku Sultan dan Raja pemerintah yang bersemayam di takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, sekali gus berperanan sebagai Ketua Agama Islam Negeri.

Pada persidangan itu, MAIAMP turut menyatakan penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kesediaan menerima titah Sultan Perak secara positif dan sikap terpuji beliau menghormati adat, mengutus warkah memohon maaf kepada Sultan Azlan atas kealpaan yang berlaku.

Sehubungan itu, MAIAMP juga menyokong pendirian Mohammad Nizar yang tidak membenarkan dan tidak terpengaruh dengan suara luar yang tidak bersangkutan dengan urusan pentadbiran negeri.

Perasmian persidangan kali ke-161 itu disempurnakan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah selaku Yang Dipertua MAIAMP di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, persidangan bersyukur kerana isu arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) yang juga Setiausaha MAIAMP, Datuk Jamry Sury, dapat ditangani secara arif, bijaksana, penuh sopan dan ketertiban.

Kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat pagi semalam itu juga memaklumkan MAIAMP berhasrat melihat hubungan kerja yang baik dan harmoni antara istana dan kerajaan negeri.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger