assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Taufan Nargis : Bencana Tidak Seindah Namanya



Berita Harian 11 Mei 2008

NAMANYA diambil daripada aktres Hindustan yang amat popular pada tahun 1940-an dan 1950-an, namun amukan taufan Nargis minggu lalu menyebabkan lebih 22,500 rakyat Myanmar terkorban manakala lebih 41,000 lagi hilang.

Pasukan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan melihat mayat terapung di merata tempat. Bencana amat besar dan dahsyat itu juga mengakibatkan keseluruhan kawasan rendah di delta Irrawaddy kini tenggelam sepenuhnya.

Kawasan yang terjejas teruk hanya dapat dihubungi dengan menaiki bot, manakala helikopter gagal menggugurkan bekalan bantuan.

Sekurang-kurangnya sejuta penduduk hilang tempat tinggal dan sebahagian besar perkampungan rosak teruk.

Jumlah kematian dan kerosakan harta benda dijangka jauh lebih besar daripada yang dinyatakan pemerintah Myanmar.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat 2005, taufan bermaksud angin ribut dan badai manakala pakar meteorologi tempatan menyatakan taufan adalah bencana alam yang amat dahsyat dan membinasakan manakala laluannya jauh dan hayatnya panjang menjadikan kehadirannya amat mengerikan.

Ulasan saya :

Melihat gambar kesan Taufan Nargis di Myanmar seumpama melihat Tsunami Acheh kali kedua.Dunia sudah semakin tiba ke penghujungnya. Bencana alam seharusnya mengundang iktibar bahawa Allah Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Kehebatan kekuasaanNya tidak mampu diatasi oleh kudrat dan kehebatan jutaan manusia. Sehebat manapun manusia, dia hanyalah makhluk yang diciptakan, yang lemah, yang terbatas ikhtiarnya kerana Yang TERKUAT, yang TERHEBAT adalah ALLAH yang Maha Pencipta segala-galanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger