assyakirah.blogspot.com

Mencari Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Sekali Melangkah, Ku Takkan Berundur Lagi !


Saya takkan berundur atau menoleh ke belakang lagi. Saya perlu nekad mulai saat ini. Tahun ini saya mesti tamatkan MA dengan cemerlang dan balik ke tanahair. Menjadi 'alimah 'amilah dan murabbiah kepada Ummah. Ya, tentunya bukan mudah. Namun, saya tiada pilihan lain. Saya perlu membalas jasa para alim ulama' dan murabbi yang mendidik saya dengan menyambung kesinambungan tugas mereka. Ya, tugas berat yang diwarisi daripada para nabi dan Rasul. Saya juga wajib berbuat demikian untuk menebus kegagalan saya mendapat yang terbaik dalam pengajian peringkat Sarjana Muda di Al-Azhar. Jika tidak, saya akan mensia-siakan banyak perkara; masa, umur, wang ringgit, kerinduan keluarga di tanahair yang dikorbankan dan banyak lagi.


Mengimbau saat-saat kedatangan saya ke Bumi Anbiya' ini, saya bukan seperti orang lain yang datang ke Mesir dengan desakan keluarga. Saya datang dengan kehendak saya sendiri.Berinspirasikan seorang senior yang sering menitip khabar dari Bumi Kinanah ini. Paling tepat jika saya katakan, satu ayat yang ditulis di belakang sampul surat berlatar belakang Mesir yang dikirimkan kepada saya oleh Kak Syima , "Ahlan Wa Sahlan Ila Misr" telah mengubah perasaan saya yang pada asalnya tidak berapa yakin untuk ke Mesir. Saat itu, saya bagaikan mahu terbang merasai keindahan tarbiyah di Bumi Para Nabi dan Rasul ini.


Dengan keyakinan bahawa di sinilah lubuk segala ilmu yang bakal menghilangkan kedahagaan saya terhadap ilmu, saya datang ke sini walaupun ibu berat melepaskan saya pergi. Saya ingin belajar direct dengan 'Tok Guru' kepada pensyarah-pensyarah universiti di Malaysia, di dalam bahasa Arab, tanpa sebarang perantaraan yang menyebabkan ilmu tidak sampai sepenuhnya. Terus terang saya nyatakan, waktu itu saya seakan-akan tidak yakin dengan pensyarah-pensyarah di Malaysia. Entah kenapa saya tidak tahu. Mungkin kerana saya mencintai Bahasa Arab teramat sehingga tidak yakin menggali ilmu agama melainkan di dalam Bahasa Al-Quran, di tempat yang penduduknya berbicara bahasa itu. Hendak ke Madinah, peluang tidak dibuka untuk pelajar perempuan, lantas Mesirlah pilihan saya.


Orang kadangkala tumpang berbangga dengan adanya akhawat dari Malaysia menjadi penuntut Master di Mesir seperti saya. Tidak ramai yang sanggup menongkah arus dan gelombang membuat Master di Mesir. Namun, saya tidak berbangga menjadi pelajar Master selagi saya tidak menamatkan pengajian. Sudah ramai pelajar Malaysia yang mengambil Master di Mesir tetapi sekerat jalan. Saya tidak mahu melepaskan batuk di tangga. Sekali melangkah, saya akan teruskan perjalanan. Walaupun susah, saya akan tabahkan hati menempuh dugaan yang datang. Dugaan paling berat adalah dugaan dari diri sendiri. Semangat ada turun naiknya. Apapun, sahabat, doakan saya berjaya mencapai apa yang saya impikan. Bukan kerana sekeping sijil atau ijazah, tetapi kerana Allah, untuk ummah, untuk Islam.


"Faiza 'azamta fatawakkal 'alalLah"


4 ulasan:

Raden Qurratu 'Aini Januari 10, 2008 12:40 PTG  

ma'at taufiq wan najah, lek Rina!~

Tanpa Nama Januari 25, 2008 6:27 PG  

Salam

Kaifa Haluki kak raden. Ingat lagi tak saya, sumayyah. Mansurah, selangor. Saya tumpang bangga akak sambung master di mesir. Saya di Uia sekarang. Tengah menulis thesis,

Tak sangka akak pun menulis blog. Saya pun ada juga menulis sikit-sikit di blog.

teruskan berjuang

Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi Mei 03, 2008 12:31 PG  

salam.alhamdulillah bikhair.ingat.. sumayyah dok bait raudhatul mutmainnah dulu kan? sapa tak ingat graduan termuda mansurah ..selamat maju jaya.doakan kejayaan bersama.

Radin Seri Nabahah Ahmad Zabidi Mei 03, 2008 12:32 PG  

jazakillah khairan, Otu.

Catat Ulasan

Cari

Demi Masa

Waktu Solat

Doa Nabi Daud a.s.

"Ya Allah, kurniakanlah aku cinta-Mu, cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk."

Improving Your English

Match Up
Match each word in the left column with its synonym on the right. When finished, click Answer to see the results. Good luck!

 

Pengikut

Powered By Blogger